Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru merupakan
satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan
pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Tun Dato' Hussein. Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan
ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
- mengurangkan
dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum; dan
- mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak
seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar pembangunan nasional (DPN) pada 1991. Walaupun
begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
LATAR
BELAKANG
Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia
disasarkan ke atas pasaran eksport.• Walaupun ekonomi berkembang pesat pada
purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek
pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik
Ini seterusnya memberi
kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
- Faktor utama yang telah
mengakibatkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 adalah kerana faktor
kemiskinan . Wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum.• Maka satu
dasar diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan yang wujud antara
kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.
- Dasar Ekonomi Baru
dirangka untuk 20 tahun iaitu 1970-1990 yang merangkumi 4 Rancangan
Malaysia iaitu RM2 hingga RM5.• Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP1) dalam pembangunan negara
- Pelancaran Dasar Ekonomi
Baru pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia.• DEB
menekankan pencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif
perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan
perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan
agama.• Sasaran utama adalah perpaduan negara.
- Lebih dari dua per tiga
ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara
Bumiputera , yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki
hanya lebih sedikit dari 2 peratus.• DEB menetapkan sasaran penstrukturan
berupa 30:40:30, iaitu menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera mencapai
30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30
peratus.
- Rasional• Kemiskinan
di kalangan penduduk tinggi• Wujud jurang perbezaan dalam taraf hidup
antara kaum, bandar dan luar bandar• Pengenalan kaum melalui aktiviti
ekonomi• Cetusnya peristiwa 13 Mei 1969
- Objektif DasarUntuk
mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:–Membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum–Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis
aktiviti ekonomi
- Rangka Strategi•
Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program• pembasmian
kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ;• peruntukan bagi
infrastruktur saliran dan pengairan; setinggan.
- perkhidmatan sokongan
pertanian; menggalakkan pembangunan industri kampung/kecil;• infrastruktur
luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air;• dan perkidmatan sosial
seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula
- Strategi• Memajukan
kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KEJORA
dan JENGKA• Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khusus orang Melayu
melalui pendidikan, latihan , kesihatan dan kemudahan infrastruktur•
Mewujudkan kelas peniaga, pedagang dan pengusaha Melayu serta menambahkan
pemilikan modal (30%) mereka dalam sektor syarikat
- Menubuhkan beberapa agensi
seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Permodalan Nasional Berhad
(PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Bank Pertanian•
Meninggikan daya pengeluaran, pendapatan dan menambahkan peluang
pekerjaan• Memodenkan kehidupan di luar bandar
- Pencapaian•
Mengurangkan kadar kemiskinan ke 17%• ii. Penyusunan semula masyarakat
kurang capai• iii. Untuk hak milik bumiputera capai 18% sahaja•
Kesimpulan• Dilanjutkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000
- Kadar isi rumah yang hidup
di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada
16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada
2002.• Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4
peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat
Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk
warga asing.

Rancangan malaysia
Rancangan
Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan
lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di
Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan
Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu
disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar
kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada
tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya
Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
1. Buku Kuning: 1951-1955
2. Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960
3. Rancangan Malaya Kedua: 1961 - 1965
4. Rancangan Malaysia Pertama: 1966 - 1970
5. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975;
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990
6. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 - 1980
7. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985
8. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990
9. Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995
10. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 - 2000
11. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005
12. Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 -
2010
13. Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015
Rancangan
Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama
dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama
lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan
meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang
berpendapatan rendah.
Rancangan
ini mempunyai objektif seperti:
1. memajukan ekonomi seluruh negara demi
kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
2. meningkatkan pendapatan penduduk yang
miskin.
3. membangunkan ekonomi luar bandar.
4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah
mempelbagaikan ekonomi negara.
5. mengurangkan pengangguran.
6. memajukan sektor perindustrian.
Rancangan
Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan
ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun
semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing
dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi
orang-orang Melayu.[1]
RMK2
menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu
menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP
dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini
menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila
rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2
dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya
meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan
kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi
apabila rancangan ini berakhir.
Rancangan
Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar
Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2
iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Tumpuan
utama[sunting | sunting sumber]
RMK3 masih
memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara
untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar.
Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah
dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH danKESEDAR. Bandar-bandar baru
ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat
sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.
Tanaman
getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.
Kesan[sunting
| sunting sumber]
RMK3 berjaya
meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam
negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun
1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh
kepada 5.3%.
Penyertaan
bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah.
Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh
kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.
Rancangan
Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dari
1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di
bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:
1. menggunakan dengan lebih berkesan
modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
2. mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi
melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
3. meningkatkan daya pengeluaran rakyat
dalam semua sektor
4. membuka dan memulih tanah untuk
meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
5. mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan dan pekerjaan kaum
6. menggalak penguasaan modal saham kepada
70% untuk rakyat Malaysia
7. memastikan pembangunan industri
Kerajaan
Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58% daripada
jumlah ini dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.
Rancangan
Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang
terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baruyang genap 20 tahun
pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk
meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak
milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan
modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan
kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta
dengan lebih berkesan.
Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh
2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan
pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun
pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr
Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun
1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk
terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi
persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis
kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9
mempunyai 5 teras utama iaitu:
1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian
nilai lebih tinggi
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi
yg berterusan secara membina dan produktif
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan
kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan
pelaksanaan
Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia
bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan olehPerdana Menteri Malaysia ke-6,
Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.
Menurut
Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model
Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.
No comments:
Post a Comment