Monday, 26 January 2015


Dasar Ekonomi Baru (DEB)





Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Tun Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar pembangunan nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.



LATAR BELAKANG


  Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas pasaran eksport.• Walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik
        Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
  •  Faktor utama yang telah mengakibatkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 adalah kerana faktor kemiskinan . Wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum.• Maka satu dasar diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.
  •  Dasar Ekonomi Baru dirangka untuk 20 tahun iaitu 1970-1990 yang merangkumi 4 Rancangan Malaysia iaitu RM2 hingga RM5.• Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dalam pembangunan negara
  •  Pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia.• DEB menekankan pencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama.• Sasaran utama adalah perpaduan negara.
  •  Lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus.• DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, iaitu menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus.
  •  Rasional• Kemiskinan di kalangan penduduk tinggi• Wujud jurang perbezaan dalam taraf hidup antara kaum, bandar dan luar bandar• Pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi• Cetusnya peristiwa 13 Mei 1969
  •  Objektif DasarUntuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:–Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum–Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis aktiviti ekonomi
  •  Rangka Strategi• Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program• pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ;• peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; setinggan.
  •  perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri kampung/kecil;• infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air;• dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula
  •  Strategi• Memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KEJORA dan JENGKA• Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khusus orang Melayu melalui pendidikan, latihan , kesihatan dan kemudahan infrastruktur• Mewujudkan kelas peniaga, pedagang dan pengusaha Melayu serta menambahkan pemilikan modal (30%) mereka dalam sektor syarikat
  •  Menubuhkan beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Bank Pertanian• Meninggikan daya pengeluaran, pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan• Memodenkan kehidupan di luar bandar
  •  Pencapaian• Mengurangkan kadar kemiskinan ke 17%• ii. Penyusunan semula masyarakat kurang capai• iii. Untuk hak milik bumiputera capai 18% sahaja• Kesimpulan• Dilanjutkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000
  •  Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.• Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing.




Rancangan malaysia

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
1.         Buku Kuning: 1951-1955
2.         Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960
3.         Rancangan Malaya Kedua: 1961 - 1965
4.         Rancangan Malaysia Pertama: 1966 - 1970
5.         Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975; Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990
6.         Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 - 1980
7.         Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985
8.         Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990
9.         Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995
10.       Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 - 2000
11.       Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005
12.       Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010
13.       Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
1.         memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
2.         meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3.         membangunkan ekonomi luar bandar.
4.         mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5.         mengurangkan pengangguran.
6.         memajukan sektor perindustrian.


Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.[1]
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.



Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Tumpuan utama[sunting | sunting sumber]
RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH danKESEDAR. Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.
Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.
Kesan[sunting | sunting sumber]
RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.
Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.



Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:
1.         menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
2.         mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
3.         meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4.         membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
5.         mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6.         menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7.         memastikan pembangunan industri
Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58% daripada jumlah ini dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.



Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baruyang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.


Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:
1.         Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
2.         Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
3.         Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif
4.         Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5.         Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan




Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan olehPerdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.
Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.